Tags

, ,

*(Sila baca bahagian pertama di sini )

Deadly-Vaccines

Adakah vaksin merupakan salah satu teori konspirasi barat?

Terlebih dahulu kita mesti lihat siapa itu ‘conspirator’ – adakah Yahudi dan Negara Barat yang ingin memporak peranda orang Islam. Jika benar adanya teori ini, maka sewajarnya, pemakaian kita, gaya hidup, penggunaan teknologi seperti iPad atau smart phone, kereta ciptaan barat juga dikira adalah sebahagian dari teori konspirasi. Mengapa konspirasi itu berlaku seputar vaksin sahaja, yang bertujuan mencegah manusia dari penyakit. Mengapa tidak pada teknologi seperti TV atau smart phone atau video games?

Mengapa vaksin ini juga diberikan kepada kanak kanak semuanya di negara Barat, jika konspirasi ini untuk membunuh umat Islam. Trek rekod vaksin telah menunjukkan pengurangan kes penyakit berjangkit secara epidemiologi di seluruh dunia. ‘Small pox eradication’ telah menjadi bukti bahawa virus small pox telah berjaya dihapuskan di muka bumi ini.

Teori konspirasi ini bermula sejak berzaman lagi dan antara pelopornya adalah pergerakan protestant Bible-belt, yang telah menubuhkan kumpulan anti-vaksin yang menentang vaksin di Belanda. Ini menyebabkan berlaku wabak measles di sana. Jika benar konspirasi berlaku, sewajarnya lagi ramai kanak kanak telah mendapat masalah seperti kecacatan kekal atau mati akibat konspirasi teori itu, tetapi ini tidak berlaku dan tiada bukti secara ilmiah atau peningkatan kecacatan kekal secara statistik. Masalahnya, bila kita terlalu fobia dengan pelbagai teori, kita lebih takut pada kesan sampingan vaksin dari takut pada kesan penyakit berjangkit seperti measles itu sendiri.

Vaksin dikatakan dimulai oleh keluarga Flexner yang didanai oleh keluarga Rockefeller. Yayasan ini berfungsi dalam kesihatan global untuk mengubah sistem kesihatan, menghubung surveillance, melihat deteksi penyakit menular dan penggunaan teknologi. Kalau benar keluarga Rockefeller ingin menerajui dunia, mengapa vaksin digunapakai di semua negara dan kerajaan membiarkan rakyat mengambilnya termasuk negara negara Islam sendiri. Adakah kita terlalu bacul atau dibawah telunjuk mereka hingga tidak dapat menghentikan program vaksinasi, atau adakah vaksin secara statistiknya menurunkan memberi manfaat dengan menurunkan kadar kematian dengan mencegah banyak penyakit berjangkit?

Kilang yang menghasilkan vaksin mungkin berfungsi untuk tujuan wang semata mata, tetapi paradigm kita wajar melihat -adakah vaksin menolong manusia sejagat. Kita mesti akui bahawa ilmu vaksin berkembang pesat contohnya dalam bidang immunology. Ilmu begini boleh membawa banyak manafaat daripada mudarat dan tidak bertentangan daripada ilmu Islam. Jadi membabitkan isu teori Yahudi untuk memusnahkan manusia sebenarnya tidak bersandar pada fakta.

Majoriti daripada populasi kita masih lagi sihat dan berkembang setelah mendapatkan vaksin atau imunisasi (Pengambilan vaksin yang tinggi di Malaysia (93%) tetapi hanya segelintir sahaja kanak kanak autistik di dalam negara). Kebanyakan penentang vaksin yang lain seperti Dr Rimland (psikologis), Dr William Hay (kolumnis), Dr R Moskowitz(homeopathy) Neil Miller(psikologis), Robert Kennedy (Perundangan) Dr Clarke (oncologis 1950) dan Dr Eddy (bacteriologis), penulis berpendapat saintis saintis tersebut tidak pernah merawat kanak kanak yang diserang penyakit berjangkit atas jenis pekerjaan mereka masing masing. Kenapa kita tidak mendapat jawapan daripada pakar perubatan Islam yang merawat kanak kanak atau pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit ini?

 

Adakah vaksin penyebab penyakit memudaratkan seperti autism?

Vaksin tidak menjadi penyebab autism. Konsep autism datang apabila laporan kajian yang dibuat oleh Dr Andrew Wakefield – seorang pakar bedah yang mengaitkan vaksin dengan autisme. Kekadang kita bingung bila kaitan masalah autism (di kepala) dikaitkan dengan dengan ubatan atau vaksin yang diberikan kerana vaksin bertindak pada sistem imuniti. Target organ berbeza dan kita harus faham perbezaan patofisiologi dalam setiap penyakit yang tidak memungkinkan pertalian system immune dengan masalah psikiatri(autisme).

Sebab musabab mengapa autism banyak didedahkan sekarang adalah berkait rapat dengan pendedahan masyarakat kepada ilmu baru, kriteria baru dalam diagnosis autism dan pemahaman ilmu tersebut. Berkembang ilmu perubatan seperti ilmu immunologi memberi banyak kefahaman dan penyelesaian kepada banyak kecelaruan di dalam masyarakat. Bahan-bahan seperti merkuri dan thimerisol, diguna dalam vaksin tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Penggunaan merkuri dalam diet harian dan supplement adalah jauh melebihi daripada vaksin contohnya dalam ikan laut yang dimakan.

Etil merkuri yang masuk daripada vaksin adalah 2mcg/kg/week, tetapi dalam makanan harian total merkuri boleh mencecah 159mcg/kg/week. Saya agak pelik bila ramai mengatakan mereka tidak mahu mengambil vaksin; adakah ini kerana mereka terpengaruh dengan Dr Wakefield yang mana beliau telah dibuang oleh General Medical Council(UK) atau mereka tidak percaya kepada doktor muslim yang merawat dan mempunyai pengalaman menolong kanak kanak yang mengidap penyakit berjangkit.

Soalan yang akan dijawab dalam bahagian 3

  1. Adakah vaksin (Rotavirus) mengandungi benda yang diharamkan seperti enzim tripsin? 
  2. Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan atau adverse effects?

 

( Sila klik di sini untuk “Menjawab isu vaksin dari kacamata Islam – bhg 1 )

Rujukan:

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kenyataan_akhbar_bersama_kkm_-_jakim_pejabat_kpk_0.pdf
  2. http://www.ipedr.com/vol17/32-CHHSS%202011-H10020.pdf
  3. http://jknkl.moh.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=68de6add-d71c-4eff-8fb0-883c7f9554c6&groupId=10138
  4. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0264410X13001898
  5. http://www.ncirs.edu.au/immunisation/fact-sheets/vaccine-components-fact-sheet.pdf
  6. http://www.immunize.org/concerns/porcine.pdf

(written by Dr Fahisham Taib)