Ask a Question

 PERHATIAN : SILA BACA SEBELUM BERTANYA

1. Kebanyakan daripada soalan-soalan adalah sama dan telah pun dijawab dalam bentuk artikel. Gunakan ‘tag’ di sebelah kanan homepage kami atau taip perkataan utama di butang ‘search’.

Contoh :
Taip “Makan” jika soalan anda mengenai “Mengapa anak saya tak mahu makan”  atau “Apakah makanan permulaan untuk bayi saya”

Sekiranya tiada, tinggalkan soalan anda di ruangan di bawah.

2. Blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan perjumpaan dengan doktor secara bersemuka. Oleh itu, dalam kes seperti anak tiba tiba demam teruk, sawan, lemah (atau apa apa keadaan yang memerlukan jawapan segera) tidak digalakkan untuk ditanya di ruangan ini kerana kami tidak menjawab soalan serta merta. Bawalah berjumpa doktor.

Advertisements

1377 thoughts on “Ask a Question”

  1. Salam dan salam sejahtera Doktor2 yg dedikasi dan prihatin,
    Saya ingin menanyakan mengenai penjagaan telinga kanak-kanak. Adakah digalakkan utk membersihkan telinga menggunakan cotton bud terutamanya pada kanak-kanak. Kerana sy sendiri mendengar perbezaan pendapat antara doktor (ketika membawa anak yg sakit telinga berjumpa mereka). Ada yg kata tidak perlu, tahi telinga akan jatuh sendiri dan ada yg kata perlu dibersihkan kerap. Mohon pandangan. Terima kasih.

    • Tidak perlu guna cotton bud untuk menjolok ke dalam lubang telinga, apabila ear wax keluar daripada lubang dan kelihatan di cuping telinga, boleh dibersihkan. Jangan jolok telinga. Ear wax(tahi telinga) tidak bahaya. Sekiranya terlalu tersumbat, dapatkan rawatan daripada doktor ENT untuk mencuci/keluarkan impacted ear wax

  2. Hashimah said:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Saya ingin bertanya bagaimanakah cara pengendalian bayi 2 bulan jika didapati bayi tersebut mengalami selesema.
    1. Adakah bayi tersebut hanya perlu mandi sekali seharI sahaja untuk mengelak selesema lebih teruk.
    2. Apakah cara untuk mengurangkan selesema tersebut difahamkan bayi yang baru lahir tiada ubat selesema yang bersesuaian.
    Sekian. Terima kasih

    • 1. Setuju
      2. Guna sterimar untuk lembutkan hidung yang tersumbat, guna bulb/nasal aspirator untuk sedut keluar hingus
      3. Humidify the room, – put a bowl of water under the fan in the room, to humidify the room

  3. Dear dr budak,
    Ank sy mengalami prolonged jaundis dan skrg die berusia 3 bln.sy mendapati matanya msh lg kuning dan adakah ini normal?semasa ujian drh dbuat alp bayi sy tinggi iaitu 496 dan doktor meramalkan ia dtg dari tulang krn kadar bilirubin semakin menurun dan doktor menolak kemungkinan ia dtg dari hati.adakah ini merbahaya dan akn memberi kesan kpd pertumbuhan bayi sy?apakah rawatan yg akn diambil?terima ksh..

    • ALP adalah daripada proses pembentukan dan pertumbuhan tulang. Tiada kaitan dengan bilirubin.
      Yang penting ialah pastikan tiada masalah hormon tiroid, liver function test yang normal, urine test yang normal.
      Warna najis sekiranya pucat adalah tanda yang bahaya. sekiranya berwarna seperti coklat, kuning, hijau adalah normal

  4. Hery Rie said:

    Salam doktor..sejak anak saya lahir ada keluar tompok-tompok putih dekat dahi nya tapi sedikit saja tapi sekarang dia nak masuk setahun tompok-tompok tu makin menbanyak tapi dekat area muka saja,macam mana nak rawat ya….terima kasih

    • Tompok putih – adakah ia milia atau miliaria. Kami hanya boleh komen kalau tunjuk gambar, ataupun dapatkan nasihat daripada doktor yang boleh memeriksaany ‘personally;

      • Hery Rie said:

        Kalau di lihat seperti panau..saya risau kalau tompok putih itu tak kan hilang hingga anak saya membesar,tidak juga kemerah-merahan,dan tidak juga gatal..itu lah hanya kat area wajah saja

    • Tidak boleh komen tanpa gambar atau pemeriksaan yang sebenar. Panau boleh jadi tetapi bukan serta merta selepas lahir. Sekiranya dapat lihat pada hari pertama, ia mungkin tanda lahir. hypopigmented patch. Tolong dapatkan nasihat doktor pediatrik yang boleh melihatnya,.

  5. puan vee said:

    Hye doktor.sy brhrp sgt doktor dpt membntu.anak sy berumur 5buln dan minum susu formula sepenuhnya..mslhnya ank sy sgt jrg buang air besar.3 atau 4 hari skli.anak sy juga meneran kadang2 smpai merah muka tp tahi nye tk keras.

    • doktorbudak said:

      Ada artikel pasal constipation (sembelit ) yang telah di tulis sebelum ini di mana puan boleh rujuk dengan menggunakan search button. Adakah bancuhan susu dibuat dengan mengikut sukatan yang betul? Adakah dia buang air dalam tempoh 4 jam pertama kelahirannya dulu? dan pernah tak dia buang air setiap hari dalam 6 minggu pertama usianya ? Dan adakah ini masalah baru atau masalah yang berlaku sejak lahir? Ini adalah kerana sembelit boleh menjadi simptom untuk beberapa jenis penyakit dan tidak semestinya sembelit biasa. Contohnya : masalah tiroid hormon , masalah usus , masalah saraf tulang belakang.

      Jika tahinya lembut , itu bukanlah sembelit kerana sesetengah bayi tidak buang air setiap hari sehingga dia mula makan. Jika tahinya lembut dan banyak apabila membuang , itu tidak bermasalah , namun jika lembut tapi pada permulaan keras dan meneran adalah elok untuk dapatkan pemeriksaan doktor.

      • puan vee said:

        Tentang buang air 4jam prtama sy tk pasti tp buang air hari2 pd 6minggu pertama ya.seterusnya mula membuang air 2 3 hari skli tetapi skli buang byk dan lembut.cuma dalam 2minggu ni sgt sukar buang air sehingga kne bagi ubt sembelit. Sy ad pergi klinik pkr kanak2 tetapi masih juga sama dan doctor suruh sy beri ank air putih tetapu mslhnya ank sy tkmau telan.dan sy ad bertanya sekiranya mkn ubt sembelit dan prebiotik ini ank msh sembelit bgaimna? Doctor tu jwb biar je tunggu sehingga dia start mkn
        apa yg hrus sy lakukn skg?adakh sy perlu
        jumpa doctor pakar yg lain?adakh doctor thu klinik doctor pkr yg bagus di ipoh perak?sy risaukn ank kerana skrg ni dia meneran utk 2 3 hari tp msih tk buang air lg..tolong sy doktor….

  6. Hi doc,

    saya ingin bertanya 3 soalan kepada anda,

    1) Kebiasannya penyakit hernia berlaku kepada golongan lelaki. Adakah penyakit ini boleh menyerang perempuan..
    2) Mengapa ada bayi perempuan yg lahir bila menangis pusat dia akan timbul.Adakah ia sejenis penyakit seperti hernia?
    3) Ada apa-apa efect tak jika seorang kanak-kanak berumur 1tahun diberi probiotik setiap hari.

    • doktorbudak said:

      Widad,
      1. Penyakit hernia boleh menyerang perempuan.

      2. Ya, itu dipanggil umbilical hernia dan kebiasaannya tidak memerlukan rawatan kerana kebiasaannya tidak memudaratkan dan akan hilang. Namun , adakala operation dibuat sekiranya besar dan masih tidak sembuh sekitar usia 5 tahun.

      3. Probiotics secara asasnya tidak memberi masalah kepada bayi yang sihat, malah banyak susu formula sekarang mengandungi probiotics. Namun, memandangkan banyak product probiotics berasingan yang ada di pasaran maka perlu berhati hati. Ia tidak digalakkan digunakan dalam kanak kanak yang mengidap penyakit kronik ataupun imun sistem yang rendah. Kajian yang dibuat setakat ini tidak menunjukkan probiotics berkesan untuk menaikkan tahap kesihatan kecuali dalam sesetengah keadaan contohnya cirit birit yang disebabkan oleh antibiotik.

  7. siti hawani said:

    dr,

    bayi saya baru berusia 1 bulan. seperti bayi2 lain, anak saya juga kuat menggeliat. namun yg sgt merisaukan saya, menggeliat anak sy semakin menjadi2 sampai buat dia terbangun dari tidur dengan bunyi ngeliat yg kuat. biasa nya diikuti dengan kentut atau air besar. apabila menggeliay yg kuat anak saya akan terus menangis. saya risau. adakah ini merbahaya? terima kasih dr.

    • doktorbudak said:

      Menggeliat adalah satu perkara biasa dalam bayi. Sekiranya bayi tidak demam , aktif apabila dipegang , perut tidak kembung , menyusu dan meningkat berat badannya, buang air dengan baik dan tidak merengek inshaAllah okay . Namun perlu saya tekankan , memandangkan kami tidak memeriksa anak dan tidak boleh tentukan samada sememangnya dia memang hanya menggeliat , saranan kami ialah bawa untuk pemeriksaan doktor dahulu untuk ditentukan tiada masalah merbahaya memandangkan ini merisaukan puan dan penilaian kami sangat terhad dan hanya berdasarkan maklumat yang ringkas. Saya sendiri pernah memeriksa bayi yang dikatakan menggeliat oleh ibunya tetapi setelah diperhatikan bayi tersebut sebenarnya tengah mengalami sawan.

  8. Nik Nur Jihan Bt Nik Yaacob said:

    Salam doktor,

    Bayi saya berusia 6 bulan. Saya telah mula beri dia makan puri buah-buahan (epal, avocado dan peach) dan sayur-sayuran (karot dan brocoli) dua kali sehari. Tetapi sejak mula makan,dia telah buang air besar 2-3 kali sehari. Sebelum ini,dia hanya buang air besar sekali sehari. Kadang-kadang saya perasan dia meneran semasa buang air besar dan najisnya tak lembut macam biasa. Adakah ini normal untuk bayi saya doktor?

  9. Salam dan salam sejahtera Dr.,
    – Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai artikel :Resdung, Alahan Rhinitis dan Selsema.
    – Anak saya berumur 4 tahun kerap diserang selsema dan batuk bermula tahun ini yang juga mula ke sekolah tadika. Hampir setiap bulan.
    – Dari simptom yang diberikan di dalam artikel tersebut saya anggap anak saya mengalami selsema.
    – Saya membawa dia ke klinik dan setiap kali akan diberikan ubat antibiotik, selsema, batuk dan kahak.
    – Baru-baru ini saya membawa dia berjumpa paediatrik dan doktor memberitahu kemungkinan anak saya mempunyai sensitive nose and sensitive lungs dan memberikan ubat untuk mengubatinya.
    – Tetapi doktor tersebut juga memberitahu yang ubat untuk lungs itu mungkin berkesan atau mungkin tidak ianya bergantung kepada individu.
    – Boleh doktor menerangkan lebih lanjut apa yang dimaksudkan sensitive lungs dan puncanya dan cara untuk mengubatinya?
    – Saya juga mempunyai masalah sinus, adakah anak saya mewarisinya? Apa yang saya perlu lakukan untuk menjaga dia? Adakah kelas berenang boleh membuatkan dia lebih mudah sakit?

    Terima kasih atas keprihatinan doktor.

  10. Salam dan salam sejahtera Dr.
    saya ingin bertanya jika kita mempunyai bayi yang berusia 0-6 bulan dan mengalami demam campak@chicken pok..apakah cara yang harus dilakukan untuk mengubati & merawat penyakit tersebut??

    • There is a role to use oral acyclovir esp in the early stage. Make sure no lung or brain complications by getting the baby checked by doctor. Usually they recover well just give fever medicine and some lotion to soothe the itch.

  11. nurul ilham said:

    salam doktor, kblakangan ni nafas saya tercungap-cungap n sesak walaupun duduk n dada sy dari tengah ke kiri rase berat, bile sy berjumpa doktor, doktor kate hemoglobin sy rendah..soalan sy adakah hemoglobin rendah ni akn memberi penyakit yg teruk kpade sy kerana ia berkaitan dgn darah.

  12. nurul ilham said:

    anemia tu merbahaya ke?

    • Anaemia bermaksud kurang darah merah/hemoglobin. Ada kategori mild to severe. Memang bahaya dan memudaratkan jika dalam peringkat severe dan untuk kes mild harus juga diberi perhatian /siasatan dan rawatan untuk mengesan penyakit yang boleh menyebabkan dan elakkan daripada jadi lebih teruk

  13. assalamualaikum. anak saudara saya baru sahaja dilahirkan 4jam yang lalu, tetapi bayi tersebut mengalami pendarahan di tali pusat dan di dapati bayi tersebut terkena jangkitan. bolehkah di beri ubat? boleh saya tahu ubat apa yg sesuai diberi kepada bayi itu?

  14. doktor tlg jawab soalan saya ASAP. sy memerlukan jawapan tersebut. terima kasih doktor

    • Soalan telah dijawab. Tetapi minta maaf portal ini tidak dapat menjanjikan bahawa soalan akan dijawab serta merta. Untuk kes emergency, memang perlu jumpa doktor secepat mungkin.

  15. Norliana Mohd Zor said:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera doc,

    saya ada 2 soalan :

    1. anak sulung saya berusia 3thn 4bln kini. ketika dia kecil lagi, dia tidak boleh memakan makanan pejal. apabila makanan tersentuh pada lidah,dengan segera tindak balas dia adalah muntah, walaupun makanan tersebut telah dikeluarkan dari mulutnya. sejak dari itu,saya hanya beri (dan dia juga minta) makan sup (kuah sahaja), bubur nasi yang telah di ‘blend’kan (dalam bubur saya masukkan isi ayam dan lobak merah). dan sesekali dia meminta biskut. tp biskut dia hanya jilat dan hisap sahaja, bila biskut tersebut kembang dia tak nak dan minta biskut yang lain. sepanjang hari dia banyak bergantung kepada minum susu sahaja.

    Saya pernah bawa dia berjumpa pakar kanak2 dan pakar tersebut mencadangkan menjalani ujian scan pada perut dan usus nya. Hasil scan tersebut memang tiada masalah. saya juga telah berjumpa dengan pakar pemakanan, tetapi tidak ada jalan penyelesaian.

    2. gigi anak saya cepat rosak. saya tengok gigi dia rapuh dan seperti terhakis. kenapa boleh jadi seperti itu doc? adakah kerana dia tidak makan dan banyak minum susu sehingga jadi begitu?

    terima kasih.

  16. My 4yo was diagnosed with stomach flu. She vomitted on day 1 and did not pass motion. She recovered and pass motion twice a day. However now her stools are soft and watery. What should I do?

  17. Aisya Ahmad said:

    Salam,
    I am a first mom to a healthy 6 months old baby girl. My concern is, can you list out items or toys that suit to every age stages of a baby? I want to encourage her development along with her age stages. I need to know what are the toys suit her from month to month, that are safe and healthy for her development. Tq so much in advance.

Ask your Question Here / Leave a comment here

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s