Tags

, ,

play

Azim berumur 7 tahun, dan baru mula sekolah pada tahun ini. Jadual harian Azim sangat sibuk! Penuh dari pukul 6 pagi ke 11 malam! Sekolah kebangsaan, sekolah agama, tuition petang, tuition lagi malam! Di hujung minggu, aktiviti Azim juga sangat penuh dengan tuition, kelas taekwando, kelas karate, kelas muzik dan macam-macam lagi. Memang memenatkan! Mama tahu Azim sentiasa sibuk dan kadangkala tertidur didalam kereta untuk ke pusat tuition. Makan pun dalam kereta.  Tapi mama risau Azim tidak akan belajar seperti anak orang lain.

Apa pendapat anda? Senario ini adalah sesuatu yang biasa kan? Satu soalan yang saya sering tanyakan kepada kanak-kanak yang berjumpa saya di klinik ialah what do you like to do for fun?. Ada ramai yang tidak boleh menjawab. Ada juga ibubapa yang bertanyakan ada tak kelas yang saya boleh rekomen supaya anak mereka boleh ‘do something for fun’. Hmmmm…..

Ramai kanak-kanak terutamanya di bandar, hidup dalam keadaan yang tergesa-gesa ‘hurried and pressured’. Ini memberi limit kepada kanak-kanak untuk bermain ‘child-driven play’.

Kanak-kanak akan mempelajari banyak perkara melalui bermain (play). Play adalah sesuatu aktiviti yang sangat penting dan kritikal untuk perkembangan kanak-kanak sehinggakan ianya menjadi satu hak asasi yang termenterai di United Nation (Article 31 of the UN Convention on the Rights of the Child).

Apa pentingnya bermain (play)?

Faedahnya sangat banyak.

Bermain memberikan anak ruang dan peluang untuk berkawan, menambahkan imaginasi, kreativiti, membaiki self-awareness, hargai diri, merapatkan hubungan dengan ahli keluarga, menambahkan skil sosial, dan skil untuk belajar, belajar untuk mengatasi masalah (problem solving), berdikari, meningkatkan daya tahan diri (resilient), membaiki kualiti kehidupan, self reflection dan bermacam-macam lagi. Faedah bermain bukan sahaja untuk anak, tetapi juga untuk ibubapa dan keluarga.

Bermain membantu kanak-kanak memahami dan mendalami elemen-elemen kehidupan. Bermain adalah bahagian yang kritikal yang perlu ada dalam kehidupan setiap kanak-kanak. Bermain juga adalah satu outlet untuk mereka kembangkan kreativiti dan membantu mereka ‘blossom & flourish’. Bermain adalah penting untuk perkembangan otak yang sihat.

Melalui bermainlah kanak-kanak berinteraksi dan meneroka (explore) dunia di sekeliling mereka.

Cadangan untuk ibubapa:

  1. Elakkan dari over-schedule jadual anak-anak yang padat dengan kelas itu ini. Seimbangkan (balance) jadual anak dengan dengan aktiviti bermain ‘free & easy’ atau ‘free play time’; dengan scheduled activities.  Walaupun ada kebaikannya kelas-kelas itu, tetapi mereka masih perlukan masa free untuk bermain. Sesetengah kanak-kanak, jadual yang penuh padat dan kehidupan penuh tergesa-gesa (hurried lifestyle) merupakan satu stres dan ada juga yang menyebabkan kemurungan.
  1. Menyediakan anak-anak untuk masa depan mereka, itu penting; tapi ianya perlu diseimbangkan dengan membenarkan anak menikmati kehidupannya sekarang dengan bermain.  Kita risaukan masa depan anak-anak, tapi kita sering lupa mereka juga perlu menjalani kehidupan sekarang (here & now) sebagai seorang kanak-kanak!
  1. Berikan mereka masa untuk bermain. Jangan selalu leterkan anak “asyik main aje!! Pergi belajar!” Mereka sebenarnya tengah belajar mengenai kehidupan, melalui permainan mereka.
  1. Connect with your children. Bermain merupakan cara terbaik untuk ibubapa berinteraksi and melibatkan diri (engage).
  1. Pastikan sebahagian dari permainan adalah child-driven, tanpa penglibatan ibubapa, ataupun ibubapa hanya menjadi pemerhati yang pasif. Ini adalah untuk membina skil-skil yang diperlukan seperti skil mengatasi masalah (problem solving), kreativiti, meningkatkan daya tahan diri (resilient).
  1. Bahan permainan (toys) seperti blocks, anak patung (dolls), puzzle adalah lebih berfaedah kerana memberi peluang anak menggunakannya secara kreatif; berbanding dari passive toys seperti television, video CD, baby tv channel dan sebagainya.
  1. Ibubapa dan ahli keluarga merupakan role model kepada anak-anak. Tunjukkan kelakuan yang baik, hargai ahli keluarga, berkasih sayang antara ahli keluarga, berbual antara satu sama lain. Asas kekeluargaan yang kukuh adalah jauh lebih penting untuk masa depan anak-anak, berbanding dengan jadual kelas yang padat dari pagi hingga ke malam.
  1. Pilihlah sekolah atau tadika yang tidak hanya mementingkan akademik (academic preparedness). Tadika yang baik adalah tadika yang turut menekankan tumbesaran emosi dan sosial anak-anak di dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Anda tau tak salah satu cara di dalam rawatan psikologi untuk membantu membaiki hubungan ibu/bapa dan anak, adalah dengan cara ibubapa memerhatikan anak bermain? Ia dipanggil ‘Watch, Wait & Wonder’.

Watch, Wait & Wonder’ adalah satu teknik psikologi kanak-kanak yang digunakan untuk membantu ibubapa memahami anak-anak, dan seterusnya membina hubungan yang positif antara ibubapa & anak-anak.

Dengan memerhati mereka bermain atau bermain bersama anak-anak, ibubapa lebih menghargai dan merasa seronok bersama anak. Ibubapa juga membantu kreativiti dan imaginasi anak. Teknik ini dapat membantu tingkahlaku anak yang mencabar seperti ‘sibling rivalry’.  Punyalah pentingnya bermain (play), tanpanya tumbesaran emosi dan sosial kanak-kanak akan terganggu.

Apa lagi?

Tinggalkan skrin komputer/phone/tablet ini, get down on the floor and play with your children!

Brother and Sister Running

( written by Dr Norharlina Bahar )