Bahasa Melayu

Sebagai doktor kanak-kanak, kami sentiasa mendapat berbagai-bagai soalan daripada ibubapa tentang kesihatan anak mereka. Soalan-soalan yang ditujukan menggambarkan keinginan mereka untuk mendapatkan maklumat yang boleh menolong mereka untuk menjaga dan membelai anak mereka dengan sebaik mungkin.

Malaysia-children

Ibubapa berhak menerima informasi yang tepat dan mudah difahami. DoktorBudak.com merupakan suatu platform untuk anda menujukan soalan tentang kesihatan anak anda kepada doktor pediatrik.

Soalan anda dialu-alukan, dan kami akan cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin.

  Sila KLIK  ASK A QUESTION  untuk menulis SOALAN anda

TOLONG BACA sebelum HANTAR SOALAN 
 

Sila guna SEARCH panel 

* Anda boleh masukkan kata kekunci Search panel di laman utama – Anda mungkin dapat cari artikel yang sudah menjawap soalan anda, maka tidak perlu tanya soalan baru

CONTOH:

Taip “Makan” dalam search panel kalau anda ada soalan seperti “Mengapa anak saya tak mahu makan”  atau “Apakah makanan permulaan untuk bayi saya”

Taip “Asma” kalau ada soalan tentang penyakit asma

43 thoughts on “Bahasa Melayu”

  1. Bumbo seat dan walker. Mana satu yang lebih baik? Saya ada terbaca artikel mengenai bumbo seat bagus untuk tulang belakang bayi. Dan walker bahaya untuk keselamatan bayi. Sejauh mana kebenarannya?
    -Aishah-

  2. nursolehah said:

    hai doktor2 semua..saya solehah…anak saya berusia 1 bulan sudah 4 hari tak buang air besar..walaubagaimanapun dia hanya kerap membuang air kecil sahaja…untuk pengetahuan doktor adakah sebab perubahan cuaca keadaan menjadi sebegitu..memandangkan saya tidak berada di Malaysia sebaliknya di SANAA. YEMEN…cuaca disini dingin dengan suhu 16 darjah celcius..adakah faktor tersebut mempengaruhi keadaan bayi yang sukar untuk buang air besar..sebelum ini selma 3 minggu dimalaysia bayi saya ini kerap buag air besar…sekian terima kasih

  3. Azlina Abd Ghani said:

    Hai doktor, saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 bulan dan alami masalah buang air besar beserta dengan lendir dan lendir darah. dah hampir 6 hari. najis bersifat seperti cirit birit tapi skg sudah ok tetapi masih keluar lendir darah sedikit. Saya telah bertukar susu dari ducth lady ke isomil atas nasihat doktor dan ambil antibiotik. utk makluman anak saya telah mula meniarap seawal umur 4 bulan. Minta pendapat doktor mengengai masalah saya ini. Sekian

    • Puan Azlina,
      Doktor yg memeriksa puan telah menasihatkan untuk tukar susu kerana salah satu punca najis berdarah ialah alergi protein susu lembu. Isomil ialah susu soya. Namun perlu saya ingatkan , 30-40% yg alergi pd susu lembu juga alergi pd susu soya. Sekiranya keadaannya makin baik , maka susu tersebut boleh diteruskan.

      Adakala punca najis berdarah ialah jangkitan kuman pd usus. Ini memerlukan rawatan antibiotik.

      Puan boleh membaca artikel mengenai alergi protein susu di sini
      http://doktorbudak.com/2013/08/04/my-child-has-cows-milk-allergy-when-should-i-switch-back-to-normal-formula/

      Najis yang berdarah perlu diambil perhatian serius kerana ada punca lain yang lebih merbahaya. Sekiranya baby menangis seperti dalam kesakitan atau mengalami demam yang tinggi, pemeriksaan lanjut diperlukan.

  4. mamahadif said:

    sya ada bagi vitamin c unt ank saya.adakah elok.skrang ank saya berumur 18bulan.

  5. mummy risau said:

    hai doktor,saya nak tanya baby saya baru berusia 34 hari dah mengalami demam,batuk n selesema juga berkahak..adakah ianya normal atau petanda utk sesuatu penyakit yg lain?

    • Demam bermakna ada berlaku jangkitan kuman . Selesema dan batuk menunjukkan yang jangkitan berlaku di sekitar salur hidung, tekak atau salur pernafasan. Untuk menentukan, bawa baby berjumpa doktor.

  6. normala mamat said:

    Hai doktor, anak sy berumur 1 tahun. baru baru ni demam 39.5 . dia juga mengalami berak berdarah..adakah merbahaya.apakah puncanya

  7. Doktor,anak sy berumur 9 bulan dan mempunyai 2 batang gigi di bahagian bawah. Masa dia berumur 6bln saya member dia menghisap puting. Soalan sy, adakah puting ini akan menyebabkan giginya jongang

  8. Doktor,anak sy berumur 9 bulan dan mempunyai 2 batang gigi di bahagian bawah. Masa dia berumur 6bln saya memberi dia menghisap puting. Soalan sy, adakah puting ini akan menyebabkan giginya jongang

  9. Nurul Aiayah said:

    salam doctor saya nak tanya anak saya sekarang berusia 2 bulan, die telah mengalami demam kuning selama sebulan dalam masa yang sama anak saya terkena selsema..hingga sekarang selsema itu masa ada dan saya telah bawa anak saya berjumpa dengan doc pakar, doc pakar tersebut telah beri anak saya spray (sea water) dan iaidin (ubat titk), nak dekat sebulan jugak saya menguna ubat tersebut untuk mengelakkan hidung anak saya tersumbat…tapi takde kesanya hingga anak saya sudah mula batuk dan kadang2 mengalami sesak nafas..baru ni saya berjumpa dengan doc di hospital…doc kata paru2 dan semuayer dlm keadaan baik..tapi saya tkut smpai skng anak saya selsema dan berkahak akan mengalami paru2 berkuman…saya nak mintak pendapat doc mcm mana saya nk hilangkan selsema dan kahak untuk anak saya..tidur die pun tergangu..please doc..

    • Sekiranya anak mengalami sesak nafas dan tidurnya rerganggu, maka keadaan ini perlu diambil serius. Kemungkinan besar semasa peringkat awal, keadaannya okay tapi kini telah berlarutan. Saya mencadangkan pergi ke hospital untuk pemeriksaan semasa anak susah nafas. Dalam hal begini, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca batuk dan kahak dan ia tidak boleh dirawat begitu sahaja tanpa check up yg teliti. Sekiranya kahaknya pekat adakala gas diberikan untuk mencairkan kahak agar dia lebih selesa

      • Nurul Aiayah said:

        saya dah bawak anak saya berjumpa dengan doctor tapi doctor kata tiada apa2 yang serius terhadap anak saya, dan doctor bagi ubat titik kepada anak saya…. selsema dan batuk sttill ada smpai skng,..

  10. salam doc, 15/11 ni anak say berumur 5 bln…boleh ke saya start bg die solid food since baby nmpk suke dgn mknan & cube capai apa yg kite mkn. saya ada rujuk doc tp bkn paed & doc kata dah blh since kepala baby dah tegak & bdn dah tegap.apa pendapat doc?

  11. Nurul Aiayah said:

    assalamualaikum doktor..

    anak saya baru saja berumur 3 bulan..dan keluarga kami akan pegi bercuti di indonesia..saya nak tyer boleh tak saya bawak bby saya naik flight..ada kesan sampingan taK??? jika boleh, apa langkah2 yang perlu saya buat semasa dalam flight…

  12. roazlina bt othman said:

    dr ,saya ingin bertanya adakah susu formula dumex dugro itu bagus untuk anak yang mengalami masalah sembelit?apakah cadangan formula yang terbaik untuk masalah sembelit dikalangan kanak-kanak?

    • Maaf kami tidak memberi komen tentang brand susu kerana ini bertentangan dengan etika kami.
      Ada artikel mengenai sembelit (constipation) di homepage. http://doktorbudak.com/2013/07/20/constipation-anak-saya-sembelit/

      Pastikan banyak makan serat ( buah dan sayur) , minum banyak air dan tidak minum sus terlalu banyak kerana ia juga penyumbang sembelit. Sekiranya masalah ini berlaku sejak lahir dan bayi tidak berak dalam 24 jam pertama masa kelahirannya serta perkembangan tidak normal, dapatkan pandangan pakar kerana sembelit ada punca2 lain selain pemakanan juga.

  13. Aslammualaikum saya ila . Saya ingin bertanya anak saya berumur 1 tahun 3 bulan .. Pada waktu malam anak saya batuk agak teruk tapi sekali sekala dan nafas pun berbunyi sekali sekali. Saya nak tanya adakah bahaya dan bagaimana cara saya hendak mengatasi perkara ini. Oh sebelum itu saya ingin juga bertanya bagaiman saya nak mengetahui keadaan paru2 anak saya ok atau tidak. Saya amat risau. Elokkah saya bagi vitamin bagi menghalang batuk..

    • doktorbudak said:

      Puan ,kami telah mengeluarkan artikel tentang topik ini. Boleh rujuk artikel oleh DR Faisal – Anak saya selalu batuk malam . Bawa berjumpa pakar pediatrik kerana vitamin tidak membantu dalam konteks ini.

  14. Bayi saya berumur 22 hari, pada fasa begini adakah normal bagi bayi saya yang kuat menggeliat, muntah susu yang kerap (setiap kali menggeliat)dan kuat Minum susu?

    • Menggeliat dan kuat minum susu itu adalah perkara biasa bagi bayi. Sekiranya terlalu banyak minum , dan tidak disendawakan atau kepalanya tidak diangkat sedikit semasa penyusuan , muntak mmg boleh berlaku. Pastikan berat bayi naik dan bayi sihat.

  15. Faizah ahmad said:

    Hi, saya ingin bertanya. Anak saya sudah berysia 2 tahun 5 bulan tapi belum mampu bertutur atau menyebut lebih dari 1 suku kata. Itupun hanya beberapa perkataan saja yang boleh disebut seperti ‘nak’ ‘air’ ‘yak’ ‘fish’ dan beberapa perkataan lain lagi. Saya cuba mengajar dia untuk ulang beberapa perkataan tapi dia enggan. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

  16. mohd hafidz hadi abdullah said:

    hai doktor

    anak saya berumur 2 tahun 6 bulan,lelaki..masalahnyer anak saya lambat bercakap,dia aktif dan kencing juga kerap..Perkara ini merisaukan kerana abang2 yang berumur 5 dan 4 tahun fasih bercakap..

  17. salam sejahtera doktor..
    anak saya berumur 1 tahun 5 bulan..dia mengalami masalh sembelit dan kadang-kadang sembelit berdarah..anak saya juga ada masalah tonsel..jdnya dia kurang mkn makanan pejal dan kurang minum air masak..untuk pengetahuan doktor,saya sudah menukar susu formula anak saya sebanyk 3x ..isomil,lactogen dan yg sekarang susu dugro(kurma madu)..penukaran susu adalah atas saranan doktor..
    pada permulaan penukaran susu anak saya tiada masalh sembelit..tp selepas 4bln masalah sembelit datang semula..bagaimana untuk saya mengatasi masalh ini?..diharapkn doktor dapat membantu..

    • ada artikel mengenai sembelit (constipation ) di homepage kami. Pada umur 1 tahun 5 bulan , dia perlu lebih banyak makan dari minum susu. Kebanyakan kanak-kanak minum terlalu banyak susu sehingga kenyang dan tidak mahu makan sangat. pada ibu bapa mereka ingat anak tidak mahu makan , maka memberi susu adalah jalan penyelesaiannya. Dia perlukan serat dalam makanan dan terlalu byk susu juga boleh menyebabkan sembelit. Jadi menukar susu tidak dapat membantu jika punca utama tidak di atasi. Dapatkan rawatan di klinik pakar memandangkan ini sudah berlanjutan,

  18. Salam doctor,

    anak perempuan saya berumur 4tahun 4bulan. tinggi 100cm berat 20kg. dia tidak ada asthma namun dia kerap mengalami hidung tersumbat pada waktu malam ketika hendak tidur. sakit di bahagian tumit & kaki ketika waktu pagi lepas bangun tidur. buat sementara ini saya hanya menyapu vicks utk melegakan pernafasannya dan membuat urutan pada tumitnya yg sakit. pada waktu biasa saya perhatikan dia tidak pula mengalami selsema atau hidung tersumbat. saya khuatir adakah anak saya mengalami sinus atau resdung sbb suami saya ada penyakit resdung? bagaimana utk saya mengatasi masalah hidung tersumbat anak saya ini. dan adakah memberi anak saya sarapan telur 2biji dgn mayonis setiap hari akan memudaratkan pembesarannya dalam erti kata lain menjadikannya gemuk? sebb ramai yg berpendapat makan telur setiap hari akan menyebabkan kolestrol tinggi dan berat badan naik. saya agak khuatir dalam hal ini. diharap doktor dpt membantu saya dlm permasalahan yg saya hadapi ini. terima kasih.

  19. julia hasmida said:

    salam doc
    saya nak tanya mengenai biji angin di kepala bayi saya.
    adakah ianya berbahaya dan apakah punca kepada terjadinya biji angin tersebut.
    terima kasih doc.

  20. Hello doktor2…

    Anak sya berumur 5 tahun lebih.mula berak darah dari umur 3 tahun.suda bawah ke pakar kanak-kanak pada umur 3 tahun lebih tapi doktor pakar cakap lubang dubur sempit jadi terkoyak semasa buang air besar.namun sehingga kini walaupun berak cirit birit,ada juga sedikit darah.adakah masakah ini serius dan apakah puncanya?

    Terima kasih

  21. Assalammualaikum…saya nak bertanya doc..susu yang sesuai untuk kahak yang berkahak adalah ape.??..sbb saya memberi anak saya susu kambing karihome untuk anak saya…..cume yang saya risaukan adalah berat badan anak saya…tidak berapa ber isi .. .adakah saya patut terus kan pengunaan susu karihome….????

  22. hai doktor…perlukah anak-anak dalam usia 1 hingga 2 tahun perlu di korek telinga??maksudnya utk buangkan tahi telinga..10q

  23. hi doc…
    sy ibu kpd dua chy mata berusia 3m dan 18 m..masalah sy ialah.kedua dua ank sy mngidap pneumonia. bole dikatakan..setiap 5bln skali ank sy yg berusia 18m tu diserang pneumonia.setiap kali diserang.. mesti warded dan on antibiotik..paling latest on augmentin sedangkan 2 minggu sblum tu dah di beri cefuroxime. kata doc cefuroxime tu tidak begitu berkesan. boleh doc jelaskan knp terjadi sedemikian..bagaimana cara pemakan yang betul dan cara mngatasi masalah tersebut .

  24. noryani bt ibrahim said:

    Tentang thalismia

  25. noryani bt ibrahim said:

    Dr, saya ingin tahu tentang penyakit thalismia. Bagaimana anak saya boleh mendapat thalismia mainer?

  26. hi doktor…anak saya 5bulan lebih telah jatuh katil secara terlentang…tapi saya perasan ada kesan lebam di dahinya ,,(tak pasti mcm ne dia jatuh) tp dia tiada muntah dan masih aktif seperti biasa.Dalam masa 24jam tu saya telah pun bawak berjumpa dgn doktor..semuanya OK…tapi saya masih risau takut menganggu perkembangan si kecil…boleh ke buat xray untuk pastikan keadaan bayi saya berada dalam keadaan baik?terima kasih

Leave a reply to sharina Cancel reply