Q: Saya mahu merancang khatan untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Saya ingin bertanya sama ada sesuai untuk kanak-kanak menjalankan khatan lebih awal iaitu bermula pada umur hari ke-7. Bagaimana saya tahu samada bayi itu sesuai untuk menjalani khatan ? Bagaimana pula dengan teknik-teknik berkhatan, yang manakah sesuai dan digunapakai? Harap dapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai topik ini. (SN)

A: Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu.  Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ke tujuh oleh Abdul Mutalib.

Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.

Teknik khatan

1)  Kaedah Konvensional – jahitan

khatan1

Setelah ubat bius diberi, bukaan pada kulit kepala zakar (prepuce) akan dibesarkan untuk membolehkan kepala zakar dicuci. Khatan boleh dibuat seterusnya dan luka khatan biasanya memerlukan balutan serta ‘dressing’ perlu dilakukan pada setiap hari sehingga sembuh.

2)  Kaedah ‘clamp method’ 

khatan2

Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).

Komplikasi  lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.

3) Kaedah ‘Sutureless Circumcision’ 

Kaedah ini adalah kaedah khatan tanpa memerlukan jahitan. Khatan dilakukan menggunakan alat ‘cautery’ dan sesudah itu ‘Tissue glue @ gam’ akan disapu pada luka selepas proses khatan. Tissue glue yg digunakan (octyl cyanoacrylate) adalah kalis air dan mempunyai kandungan antibiotik untuk melindungi luka tersebut.

Komplikasi yg kadang-kadang berlaku adalah pendarahan kecil.

khatan3

Masyarakat umum meminta berkhatan dengan menggunakan ‘laser’. Sepanjang pengetahuan saya, mesin ‘carbon dioxide laser’ yg digunakan khas untuk tujuan khatan HANYA ADA DI SINGAPURA.

Klinik – klinik yang mempromosi penggunaan laser di Malaysia sebenarnya hanyalah menggunakan alat pembedahan ‘cautery’, iaitu pemotongan tisu dengan elemen haba.

Namun begitu, ada sesetengah masalah di mana khatan tidak boleh dilakukan secara biasa:

1)  Hypospadias

– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.

2)  Buried penis

– lazim berlaku pada anak anak yg obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .

3)  Congenital megaprepuce

– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan

Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, saya secara peribadi merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ke tujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Saya akui tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran, ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.

Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.

(rujukan – http://www.circinfo.com/benefits/bmc.html)

_________________________________

This is the first article by Dr Syariz Izy Sehat. He is a paediatric surgeon and we are indeed proud to have him on the team of DoktorBudak.

syariz
Dr Syariz Izry Sehat graduated from University College of Cork, Ireland in 2002 (MBBCh, BAO, BMed Sc). He completed his internship in Ireland before coming back to Malaysia in 2003. He started his general surgery training in Hospital UKM in 2004 before starting his subspecialty training in Paediatric surgery in 2006. He was among the pioneer graduates of a locally trained peadiatric surgeon and awarded the Master in Paediatric Surgery from the University of Malaya in 2010 (MS Paeds Surg). He subspecialized in Advanced Paediatric Laparoscopy & Urology and was trained by Prof Tan Hock Lim, a world renowned Paediatric Laparoscopic Surgeon. He qualified as a Fellow of European Board of Paediatric Surgery (EBPS) in 2012. His main area of interest are Advanced Paediatric Laparoscopy and Paediatric Urology. 

 

Advertisements