Tags

, , ,

nappy

Q: My daughter will develop some rashes at her private part bila pampers lambat tukar and they’ll be gone after I put nappy rash creme on it. But i noticed celah vagina dia mmg merah mcm melecet and tak hilang2. I selalu tukar pampers at least every 4 hours or bila perasan pampers dah berat to ensure takde lagi rashes. Should I be worried? Cause kat tengah2 lipatan tu mmg tak boleh letak creme right? She’s 1yo+, and very active. No problems of PU or BO but Im just worried of the rashes dekat lipatan tu la. I selalu pesan to her guardian supaya jgn sabun that part, just necessarily siram air. Right? (Yasmin)

A: Bismillahirahmanirrahim dan selamat pagi

Puan Yasmin, Tahniah buat puan kerana mempunya anak perempuan yang sekarang berumur 1 tahun lebih dan sangat aktif.

Daripada cerita yang Puan beritahu kepada saya, bolehlah saya simpulkan yang anak perempuan Puan mengalami keadaan yang dinamakan sebagai ‘nappy rash’ @ruam lampin yang mana ianya amat mudah terjadi jika lampin lambat ditukar dan kesan daripada ini, adanya kawasan yang melecet dan tidak mahu hilang-hilang.

Puan, sebenarnya masalah ruam lampin ini adalah biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir sampailah bayi berumur 18 bulan. Ada beberapa sebab kenapa ianya terjadi, antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya ruam lampin ini adalah:

a) kulit bayi terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing akan menyebabkan keradangan pada kulit bayi yang sangat sensitif itu

b) penggunaan sabun/pencuci atau mandi buih yang tidak sesuai kerana ada kalanya kulit bayi sangat sensitif kepada sabun/pencuci/mandi buih

c) pengunaan ‘baby wipe’ yang tidak sesuai dengan kulit bayi pun boleh menyebabkan ruam lampin ini terjadi

d) ada sesetengah bayi mempunyai kulit yang secara semulajadi adalah sangat sensitif, jadi bila ruam lampin terjadi adalah agak susah dan lambat untuk merawat sakit ini.

Buat pengetahuan Puan, sebenarnya rawatan bagi  ruam lampin (nappy rash) adalah terbaik dengan cara pencegahan daripada ianya terjadi. Antara langkah-langkah pencegahan itu adalah seperti berikut:

a) kerap menukar lampin bayi sekerap yang mungkin, buat pengetahuan Puan bayi biasanya memerlukan penukaran lampin sebanyak 10-12 kali sehari dan bagi bayi yang lebih 2 tahun, biasanya memerlukan 6-8 kali penukaran lampin bayi.

b) membasuh kencing/najis bayi dengan sempurna dan bersih. Mulakan daripada  “depan ke belakang”. Sebagai contoh, untuk bayi perempuan, kaedah ‘depan ke belakang’ adalah bagi mengelakkan daripada kotoran atau kuman menjangkiti vagina.

c) selepas membasuh kencing/najis bayi itu, biarkan bayi yang sudah bersih itu seketika untuk memastikan kulit bayi mendapat pengudaraan yang bersih

d) gunakan krim seperti zinc oxide bagi melindungi bahagian kulit yang melecet dan merah itu daripada dimasuki oleh kuman.

Berbalik kepada soalan Puan Yasmin, mengenai kawasan vagina yang melecet dan lambat sembuh itu, adalah penting tempat celah/lipatan itu dibersihkan dengan kerap dan dikeringkan dengan sempurna. Penggunaan zinc oxide adalah penting bagi mengelakkan kawasan yang melecet itu dijangkiti kuman. Buat masa sekarang, diharap tiada pengunaan  sabun pencuci / baby wipe sehinggalah ruam itu pulih sepenuhnya, cukuplah dicuci dengan air suam sahaja. Pastikan bayi dibiarkan seketika di atas tuala yang bersih sesudah dibersihkan bagi memastikan kulit bayi mendapat pengudaraan yang baik.

Diharap penjelasan saya ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada Puan,

Sekian terima kasih.

( answered by Dr Azhar Mahmud )

Advertisements